Tuesday, August 17, 2010

Banyak betul temuduga sekarang ni

Baru - baru ni, saya pergi ke blog mana-mana pun, semuanya cerita tentang kerja kerajaan.
Apalah yang best sangat cerita tentang kerajaan ni. Berbaloi ke?

Saya blog walking ke blog lain. saya pergi pak google. Cari tentang jawatan kosong.
Manalah tahu ada cabang-cabang yang boleh bantu saya yang dah nak habis
belajar ni. Cewahh...! Mentang-mentanglah ambil civil engineering, dapat
mohon penolong jurutera pun jadilah..



Dalam hati ini teringin nak jadi jutawan macam Internet marketer
malaysia yang lain. Tapi modal masih tak cukup lagi, masa pun tak cukup.
Mungkin ada yang kata semua orang diberi 24 jam sehari, tapi biarlah saya s
empurnakan mana yang lebih utama lagi.

Kalau fikirkan semula, kerja kerajaan tak dapat nak jadi kaya-raya. Manakala
kalau kerja swasta pula, boleh buka company sendiri. Bukankah lebih elok macam ni?hehe.

Tapi kadangkala sedih juga, sebab saya tak tahu cara nak pergi temuduga
kerja kerajaan tu. Mungkin ada yang dapat memberi komen atau pendapat
masing-masing di blog ini.

P.S : Aku rasa setakat ni dulu. mata pun dah ngantuk sangat. Besok belajar
Advanced Structural Analysis and Design. Bernombor-nombor mata aku lepas ni.

No comments:

Post a Comment